13 Mei – Sebelum & Selepas
sebuah buku hasil karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969

Mei
13

Buku 13 Mei - Sebelum & SelepasBuku bertajuk 13 Mei – Sebelum & Selepas adalah hasil nukilan Tunku Abdul Rahman sendiri. Buku yang mengandungi 23 Bab ini dibawakan untuk tatapan para sahabat sekalian agar kita dapat menghayati detik-detik kepayahan yang pernah dilalui oleh negara.

Bersama-samalah untuk kita menjaga agar tanah tumpahnya darah, keringat dan air mata para pejuang Melayu yang terdahulu tidak lagi dibasahi noda-noda hitam. Jangan sampai cucu-cicit kita menyirami kubur kita dengan air kencing kerana kita gagal mengekalkan kemakmuran negara sepertimana yang kita kecapi hari ini.

Malaysiakini.com telah melaporkan, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Buku “May 13” tidak akan diharamkan pengedarannya dalam menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP, Chow Kon Yeow di Parlimen pada 18 Jun 2007.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke-50. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas negara yang bertuah ini.

Segala komen atau ulasan mengenai buku ini boleh dibuat dalam ruangan ini.

Terima kasih.

Mei
13

BAB 1 : Ilham Dari Hospital

APABILA seseorang sedang terbaring di hospital kerana menunggu sembuh daripada pembedahan, banyaklah waktu yang terluang baginya untuk berfikir. Di dalam kesunyian dan kesepian sepanjang  malam terbaring keseorangan, maka akan terbayang-bayanglah di dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan-kesan yang telah timbul, sehingga jelaslah kepadanya masalah  dan keadaan  yang dihadapi dan juga cara bagaimana persoalan-persoalan  itu dapat diselesaikan. Memang benar kata orang, dalam kesepian begini datanglah pelbagai ingatan, perasaan dan juga ilham. Demikianlah yang telah terjadi kepada saya semasa  sedang keseorangan di hospital baru-baru ini.

Pada 6 Jun 1969, ketika negara sedang menghadapi krisi yang besar, maka dengan takdir Allah Subhanahu Wata’ala saya dikehendaki masuk hospital sekalipun pada ketika itu hati saya sedang runsing dan fikiran saya penuh dengan peristiwa  sedih yang telah berlaku di Malaysia cuma tiga minggu yang lepas. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 2 : Bayangan Masa Lampau

ADA orang berkata bahawa peristiwa yang lepas boleh dijadikan alamat bagi peristiwa-peristiwa yang akan datang, tetapi hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam pilihan raya umum tahun 1969.

Sungguhpun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwa ini, sukalah saya jelaskan beberapa perkara. Pertama, pilihan raya tahun 1969 dan huru-hara yang berlaku pada 13 Mei itu ada kait-mengait. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 3 : Pilihan Raya Umum

MENYINSINGNYA fajar tahun 1969, saya terus sibuk dengan persiapan untuk Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel dalam bulan Januari, dan selepas daripada balik  dari persidangan di London itu barulah Kerajaan mengisytiharkan pada 20 Mac bahawa pilihan raya akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mei dan hari penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 5 April.

Parti-parti pun mulalah melipatgandakan kempen yang telah mereka jalankan sebelum itu secara sulit. Daripada perkembangan yang berlaku selepas dari itu, maka dapatlah diduga bahawa pilihihan raya pada kali ini akan menjadi sungguh hebat. Gerakan politik bertambah kuat dijalankan, dan apakala hari penamaan calon hampir tiba, pelbagai tekaan di atas pemilihan calon telah timbul; dan parti-parti lawan pula sekali lagi telah cuba bersatu untuk menentang Perikatan. Usaha mereka itu telah gagal, tetapi persetujuan telah tercapai di kalangan beberapa buah parti untuk tidak bertanding sesama mereka. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina

KONGSI gelap bukanlah satu gerakan baru di Malaysiai. Anggota-anggota  pertubuhan haram itu adalah sebahagian daripada masyarakat Cina. Apakala kaum Cina mendapat kekayaan, bilangan kuman-kuman masyarakat ini juga menjadi bertambah besar. Pengaruh mereka terdapat di segenap penjuru alam, di mana ada orang Cina, sekalipun di Chicago, San Francisco atau London.

Di Malaysia, di mana orang Cina adalah  kaum yang terkaya, kongsi-kongsi  gelap telah menjadi bertambah kuat kerana mereka mendapat wang daripada ahli-ahli perniagaan dengan cara pemerasan, penculikan, ugutan dan apa jua cara haram. Mereka tidak menumpukan gerakan mereka kapada peniaga-peniaga besar sahaja. Mangsa-mangsa mereka termasuklah perempuan sundal, penari, rumah urut  dan peniaga kecil, dengan cara menuntut wang perlindungan daripada mereka itu. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 5 : Tipu Helah Dalam Kempen

PAS telah cuba hendak meluaskan pengaruhnya keluar dari Kelantan ke negeri  Kedah dan Perak dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil di negeri-negeri itu, tetapi mereka telah gagal. Saya diberitahu soal-soal agama tidak begitu menolong parti itu di negeri-negeri Pantai Barat, kerana orang-orang di situ lebih luas pandangannya dan lebeh menghormati hak-hak orang lain untuk memilih agama masing-masing. Mereka lebeh progresif atau lebeh maju dalam cara pemikiran berbanding pandangan sempit orang Kelantan.

Dalam pilihan raya 1969 pula, Pas telah mengubah taktiknya dengan melancarkan kempen mencemarkan nama baik UMNO dengan mempermain-mainkan sentimen bangsa sehebat-hebatnya supaya timbul rasa benci orang ramai kapada parti itu. Cara itu telah memberi kejayaan yang besar kapada mereka. Mereka menuduh UMNO pro-Cina dan menjual negara kapada orang Cina. Mereka telah menggunakan cara yang tajam dan halus dalam kempen anti-Cina yang mereka lancarkan di kawasan luar bandar di negeri-negeri Utara Pantai Barat. Mereka menanamkan perasaan takut dan curiga di hati orang Melayu yang memang berhati bersih dan berpegang kuat kepada agama bahawa orang Cina hendak memegang kuasa seluruh negara dan menuduh saya telah memberi peluang itu kapada orang Cina. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 6 : Sidang Islam Yang Bersejarah

SALAH satu daripada perkara yang sangat dikesali dalam kempen pilihan raya tahun 1969 ialah sewaktu Pas sedang mengecam Kerajaan Perikatan, terutamanya UMNO dalam soal-soal agama Islam, maka pada ketika itulah juga Malaysia sedang mencipta satu sejarah baru untuk dunia Islam. Sungguhpun Malaysia bukan sebuah negara yang bercorak ugama, tetapi Islam ialah agama rasminya.

Tidak kurang daripada 23  buah negara Islam yang terdiri daripada pelbagai  bangsa telah bersidang di Kuala Lumpur untuk membuat keputusan mengenai berbagai-bagai  masaalah yang melibatkan orang-orang Islam di merata dunia. Inilah julung kalinya negara-negara Islam telah berkumpul di satu tempat untok membincangkan agama Islam dan hubungannya dengan dunia moden, dan Malaysia patut mendapat kepujian yang penuh di atas kejayaannya menganjurkan persidangan yang bersejarah itu. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 7 : Upacara Pengkebumian “Pahlawan Merah”

KETIKA sidang perwakilan sedang memberi fikiran mereka dengan bersungguh-sungguh di dalam Persidangan Antara Bangsa yang bagitu penting, kempen pilihan raya telah berjalan dengan hebatnya di seluruh Malaysia Barat.

            Dalam kempen itu timbullah perkara-perkara yang menyakitkan hati, yang boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan antara satu dengan lain. Saya telah pun memberi beberapa contoh tentang apa yang telah berlaku, dan tentang bagaimana hasutan-hasutan dan fitnah telah dijalankan dengan cara terang-terangan dan umpat keji yang terlalu bersifat peribadi telah dibisikkan dari mulut ke mulut. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 8 : Pengundi-Pengundi Membuang Undi

CUACA di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia pada hari mengundi yang jatuhnya pada hari Sabtu, 10 Mei, kelihatan begitu cerah. Ini telah diberitahu kepada saya semasa saya berada di Alor Star kerana terdahulu sehari daripada hari itu saya telah melawat kawasan pilihan raya saya Pulau Langkawi. Mungkin juga boleh difahamkan bahawa pada hari itu saya bukanlah seorang Perdana Menteri lagi tetapi sebagai seorang calon yang menyerahkan nasibnya kepada pengundi-pengundi untuk mendapatkan persetujuan mereka menurut asas-asas demokrasi.

            Akhirnya tamatlah kempen yang hangat yang belum pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah negara kita yang telah timbul semata-mata dengan sebab adanya perasaan dendam politik. Hari itu adalah hari untuk menentukan nasib. Suruhanjaya pilihan raya telah mengambil tanggungjawab penuh untuk mengawal pilihan raya itu, dan sebelum pengundi-pengundi memberi mandat mereka, dan sebelum laporan-laporan diterima mengenai pengundian itu, tidak ada siapa pun yang dapat meramalkan hasil pilihan raya. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 9 : Hasil Yang Mengejutkan

DALAM pilihan raya tahun 1969, banyak masalah besar yang perlu dihadapi, seperti pengundi-pengundi yang baru didaftarkan yang besar bilangannya. Apakah sikap yang akan mereka ambil apabila mereka masuk ke tempat mengundi untuk menanda kertas-kertas undi mereka?.

            Perikatan boleh merasa yakin bahawa dengan jasa-jasa yang telah dibuat olehnya itu, ia akan mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi dan sekalipun diramalkan keputusan-keputusan pilihan raya itu dengan berdasarkan kepada sambutan yang begitu kecil terhadap parti-parti lain pada masa yang lepas, tetapi puak-puak pembangkang menggantungkan harapan di atas kemungkinan berlakunya sikap berpaling tadah di kalangan pengundi-pengundi. Tetapi dalam pilihan raya terdahulu, kejadian yang seperti itu tidak pernah berlaku. Mereka mengharapkan kempen mereka yang liar dan kotor itu akan dapat menarik pengundi memilih calon-calon mereka.   Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 10 : Mabuk Kemenangan

Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam bab lalu, keputusan pilihanraya 1969  telah memeranjatkan semua pihak parti politik. Saya percaya mereka yang paling terperanjat ialah DAP dan Gerakan di atas kejayaan yang mereka sendiri tidak sangka. Lalu mereka terus berasa sombong dan bongkak.

Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan itu, maka tidaklah boleh hendak disalahkan jika pelawat-pelawat asing menyangka bahawa parti-parti itulah yang telah memenangi Ppilihan raya pada keseluruhannya. Parti-parti itu dengan tidak berlengah-lengah lagi mengaturkan perayaan menyambut `kemenangan’ mereka. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 11 : Api Menyala Malam

SAYA telah pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Setar kira-kira pada tengah malam hari Selasa, 13 Mei iaitu satu hari yang telah mengubah nasib bangsa dan negara kita.

            Ketua Setiausaha Sulit saya telah memberitahu saya yang dia telah menerima khabar bahawa satu tindak balas berupa tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang-orang Melayu di Kuala Lumpur sangat marah dengan tunjuk perasaan anti Melayu dan perbuatan menghina dan biadab yang dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada 12 Mei.

            Dia telah memberitahu saya bahawa UMNO akan mengadakan satu perarakan untuk merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun bin Haji Idris di Jalan Raja Muda. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 12 : Tindakan Dan Kejadian

HARI Rabu, 14 Mei 1969 adalah hari yang sibuk bagi saya dan penuh dengan tindakan-tindakan dan kejadian-kejadian yang menakjubkan.

            Inilah hari Rabu yang pertama selepas daripada hari mengundi, dan sekiranya negara tidak berada di dalam kekacauan, maka menurut kebiasaannya saya patut menerima panggilan daripada Istana Negara untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua parti Perikatan yang menang dalam pilihan raya untuk menerima surat tauliah bagi menubuhkan sebuah Kerajaan baru. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 13 : Keadaan Darurat

Dalam ucapan saya menerusi televisyen dan Radio pada 16hb Mei itu, saya telah berkata:

 “Sekarang kita telah pun mengisytiharkan darurat kerana memerlukan kita bertindak dengan serta-merta; jika tidak maka keadaan ini tentulah akan menjadi bertambah buruk dan tidak akan dapat dikawal lagi dan kita akan menghadapi dengan satu keadaan darurat sebagaimana yang dihadapi oleh British dalam tahun 1948. Ancaman yang kita hadapi sekarang sangatlah genting dan berat dan kita tidak akan ada jalan lain lagi melainkan bertindak dengan segera. Cuma ada satu jalan sahaja yang boleh kita lakukan iaitu mengisytiharkan keadaan darurat dan mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi mencegah keadaan ini daripada bertambah buruk.” Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 14 : Putih Kembali

Tiga hari telah berlalu sejak tercetusnya kekacauan di Kuala Lumpur. Pemasyhuran keadaan darurat telah berjalan dengan kuat kuasanya dan Majlis Gerakan Negara (MGN) telah mula menjalankan tugasnya dengan cergas.

Saya merasa yakin bahawa dengan gerakan yang dijalankan setiap hari oleh oleh MGN, maka satu asas yang kukuh telah diadakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin timbul, dan juga menjamin supaya keamanan dan kemajuan dapat berjalan selari. Majlis ini mempunyai kuasa yang penuh untuk mengemuka dan melaksanakan sebarang keputusan yang mereka fikirkan perlu bagi menjaga keselamatan negara dan mengembalikan kehidupan rakyat seperti sedia kala. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 15 : Sepucuk Surat

SAMPAI di sini perlulah saya berbalik ke belakang sedikit untuk menghuraikan niat yang terpendam di sesetengah kalangan sejak beberapa lama, dan niat itu telah mereka kemukakan ke hadapan selepas rusuhan pada 13 Mei 1969.

Saya telah menyebut sebelum ini bahawa selepas keluar dari hospital pada l6 Jun, satu peristiwa yang telah berlaku pada ketika itu amatlah menyedihkan saya. Saya telah menerima sepucuk surat yang kasar dari Dr. Mahathir bin Muhamad, seorang calon Parlimen UMNO yang kalah dalam pilihan raya di kawasan Kota Star Selatan, di negeri Kedah. Beliau juga adalah salah seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 16 : Rebutan Kuasa Dalam UMNO

Tidakklah dapat dinafikan lagi tentang adanya perebutan kuasa didalam UMNO sendiri antara mereka yang telah menegakkan parti ini dan yang telah berkorban untuk kemerdekaan kita dengan anasir-anasir baru yang digelarkan ‘pelampau’ (ultras).

Rebutan kuasa ini telah bermula dari sejak dua tahun lepas atau pun terdahulu dari itu. Penyokong-penyokong yang taat setia kepada UMNO telah dapat mencegah perbuatan puak ‘pelampau’ itu kerana UMNO ketika itu kuat dan kerana adanya sokongan yang penuh daripada semua ahli, dari atas sampailah ke bawah. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 17 : Perlembagaan Dan Hak

MENURUT “pelampau-pelampau” yang telah dapat memujuk golongan muda, negara ini adalah kepunyaan orang Melayu sahaja dan orang-orang lain tidak berhak ke atasnya. Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan bahawa pada asalnya negara ini ialah sebuah negara orang Melayu, dan merekalah yang menjadi bumiputeranya. Dengan sebab itulah Perlembagaan mesti mengadakan syarat-syarat khas mengenai adat istiadat dan hak orang-orang Melayu.

Syarat-syarat ini terkandung dalam Perlembagaan kita. Mestilah diingat bahawa Perlembagaan negara kita telah digubal setelah mendapat kata sepakat daripada semua kaum kerana mereka memahami dan menyedari kedudukan istimewa orang Melayu. Oleh. kerana orong Melayu sentiasa cenderung kepada pemerintahan beraja, maka Perlembagaan telah menentukan bahawa negara ini mestilah diperintah oleh Raja bergelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dari kalangan Sultan. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 18 : Pemerintahan Beraja atau Republik?

Janganlah kita silap untuk memahami tujuan puak “pelampau”. Mereka tidak puas hati dengan Malaysia yang kita kenali. Malaysia yang kita telah bina. Mereka mahu meruntuhkan seluruh binaan dan membinanya semula kemudian kelak. Menurut apa yang saya dengar, mereka berazam hendak menghapuskan pemerintahan beraja dan menubuhkan sebuah republik.

Menurut “pelampau-pelampau” itu, perbelanjaan bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja adalah membazirkan wang. Dan dengan kerana itu mereka mahu jawatan Sultan di semua negeri dihapuskan. Mereka mendakwa bahawa kebanyakan negara lain telah membuang pemerintahan beraja, dan menyatakan bahawa wang yang dibelanjakan untuk menegakkan kebesaran dan  kedaulatan Raja-Raja itu membazir semata-mata. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 19 : Khidmat Bakti Dan Pengorbanan

SEMUA ahli-ahli UMNO tentuIah sedar bahawa parti itu memberi kebebasan kapada mereka dengan secara yang amat luas untuk melahirkan pandangan dan perasaan mereka di dalam parti. lni sudah menjadi satu amalan. Teguran-teguran adalah di terima dan disambut dengan baik. Terutama jika pandangan itu membina. Sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas ahli-ahli UMNO merupakan sekatan-sekatan yang biasa bagi ahli-ahli sesebuah parti; mereka mesti patuh kepada keputusan-keputusan ramai dan mengikat diri mereka dengan disiplin parti.

Tetapi Dr. Mahathir tidak patuh kepada sekatan-sekatan itu. Setelah beliau menulis sepucuk surat kepada saya yang isi kandungannya penuh dengan fitnah dan mengutuk saya di atas kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku dengan menuduh saya bertanggungjawab di atas kejadian-kejadian itu. Maka salinan-salinan surat itu telah disebarkan beribu-ribu naskhah supaya bukan sahaja ahli-ahli parti bangkit menentang saya, bahkan juga membuka peluang kapada orang-orang lain menentang saya. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 20 : Falsafah Hidup

MENGENAI surat Dr. Mahathir yang menyebut cara bermain poker adalah satu taktik yang biasa diamalkan oleh pihak-pihak “Pelampau”, kerana memanglah menjadi amalan mereka sentiasa bercakap-cakap dan berbisik-bisik dan mengungkit-ungkit cara kehidupan saya. Mereka mengutuk saya kerana bermain poker, hadir dalam perlumbaan-perlumbaan kuda dan kerana memberi perhatian yang besar kepada sukan.

Kehidupan peribadi seseorang adalah hal dirinya sendiri dengan syarat dia tidak melanggar hak-hak orang lain. Saya mengakui bahawa saya sangat suka kepada kehidupan dan keseronokan di dalam masa hidup, tetapi tidaklah saya pernah lari daripada menjalankan kewajipan, semata-mata kerana hendak bersuka-ria. Saya percaya tidak ada orang yang berfikiran waras yang hendak menyekat mana-mana orang daripada mendapat sedikit kerehatan yang diperlukan. Tentulah seseorang yang telah bekerja pada setiap hari dalam seminggu dan pada setiap bulan dalam setahun berhak mendapat sedikit kerehatan dan ketenangan. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 21 : Peranan Akhbar Dan Rusuhan

KEJADIAN yang berlaku di Malaysia pada Mei 13 dan kemudiannya telah menarik wartawan-wartawan asing ke negara ini seperti besi berani. Mereka berduyun-duyun datang ke mana jua tempat yang berlaku kekacauan besar. Bagi mereka sesuatu peristiwa itu tidak menjadi berita melainkan jika mereka dapat menceritakan kejadian-kejadian ngeri, keganasan atau pertumpahan darah. Pergaduhan besar di Malaysia yang aman! Inilah peluang baik! Mereka pun menggunakan kesempatan ini dengan sepenuhnya, bahkan sesetengah mereka seolah-olah ‘geli hati’ dengan kejadian malang yang menimpa kita itu.

Jarang terdapat mana-mana negara yang terpaksa menanggung beban daripada perbuatan salah gambaran, memutarkan kenyataan sebenar, atau membenarkan cerita perbualan dan khabar angin sebagaimana yang telah dilakukan pada umumnya oleh wartawan-wartawan asing semasa mereka melaporkan peristiwa sedih itu. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 22 : Pengajaran Dari Baling

KEJADIAN-KEJADIAN yang berlaku semasa pilihan raya 1969, rusuhan pada 13 Mei dan perkara-perkara yang berlaku kemudian daripadanya sebagaimana yang telah saya ceritakan adalah saling berkaitan. Ucapan-ucapan mencela, perbuatan  provokasi dan kelakuan yang tidak bertanggungjawab,  kesemuanya ditimbulkan dengan teratur, satu demi satu.

            Siapakah yang mengatur semua kejadian-kejadian ini? Siapakah sebenarnya yang mesti dipersalahkan?

            Jika kita perhatikan kepada keseluruhan gambaran peristiwa yang menyedihkan itu, dan kepada usaha yang masih diteruskan untuk merosakkan keselamatan Malaysia (yang masih lagi dilakukan semasa buku ini ditulis), maka kita akan mendapat satu kesimpulan sahaja iaitu perbuatan-perbuatan itu dirancang oleh Komunis Cina. Baca baki entri ini »

Mei
13

BAB 23 : Mimpi Dan Alamat

PADA satu malam bulan penuh purnama yang terjatuh pada hari Jumaat, 2 Mei 1969, lapan hari sebelum hari mengundi dan 11 hari sebelum rusuhan berlaku, saya telah mendapat satu mimpi yang boleh dikatakan luar biasa.

Dalam mimpi itu saya dapati saya berada di lorong belakang di antara dua deretan rumah. Lorong itu sempit, becak, berlumpur dan kotor; sampah sarap dan kekotoran yang seperti itu tidak pernah saya lihat dahulu. Sedang saya berdiri di situ dengan tidak tahu apa yang hendak di buat, tiba-tiba tikus-tikus longkang sebesar kucing berduyun-duyun keluar dari parit sebelah kiri dan datang ke tengah-tengah lorong yang tersebut memakan sampah dan kotoran yang ada di situ. Baca baki entri ini »

Mei
13

“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam gaung yang dalam”

(Allahyarham Tun Abdul Razak)

Mei
13

EPISOD 1 

EPISOD 2