Buku Yang Benar Lagi Berani
Buku bertajuk 13 Mei – Sebelum & Selepas adalah hasil nukilan Tunku Abdul Rahman sendiri. Buku yang mengandungi 23 Bab ini dibawakan untuk tatapan para sahabat sekalian agar kita dapat menghayati detik-detik kepayahan yang pernah dilalui oleh negara.
Bersama-samalah untuk kita menjaga agar tanah tumpahnya darah, keringat dan air mata para pejuang Melayu yang terdahulu tidak lagi dibasahi noda-noda hitam. Jangan sampai cucu-cicit kita menyirami kubur kita dengan air kencing kerana kita gagal mengekalkan kemakmuran negara sepertimana yang kita kecapi hari ini.
Malaysiakini.com telah melaporkan, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Buku “May 13” tidak akan diharamkan pengedarannya dalam menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP, Chow Kon Yeow di Parlimen pada 18 Jun 2007.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke-50. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas negara yang bertuah ini.
Segala komen atau ulasan mengenai buku ini boleh dibuat dalam ruangan ini.
Terima kasih.
Salam(bg yg Islam),
Mintak maaf bayk ini hanya pendapat saya. …saya baca sedikit
sebanyak
ttg buku yg dikatakan menyingkap kembali sejarah 13 mei. Dan
sememangnya
buku ini amat mustahil utk Pak LAh HAramkan.Pertama ia diwujudkan utk
kepentingan Parti UMNO. Kedua, tujuannya adalah utk memainkan isu
perkauman yg jelas haram disisi islam untuk kepentingan mereka..
Ketiga,
selain dari tujuan2 tersebut diatas, ia juga bertujuan utk memburukkan
parti PAS yg bagi saya ikhlas memperjuangkan islam. Jadi kesimpulan
saya, dgn terbitnya buku ini adalah bertujuan utk memainkan isu
perkauman sebagaimana yg telah dibuat berulangkali oleh UMNO utk
kepentingan mereka. Jadi saya menyeru kepada tuan2 dan puan2 yg mengaku
masih Islam agar berwaspada terhadap kandungan buku ini yang jelas
membelakangi prinsip2 negara sediri. Terpulang pada saudara, ingat Nabi
S.A.W mengharamkan perjuangan berlandaskan politik Kaum dan Negara. Yg
dibolehkan hanya berjuang diatas Agama. Bg saya, kenyataan utk
mengharamkan buku ini adalah sebenarnya sebagai langkah utk melariskan
buku ini atau menjadi pemangkin agar buku ini dibaca oleh kita. Ini
adadlah satu lagi tipu daya UMNO kerana kesempitan masa bagi menghadapi
PRU12. Banyak isu yg tidak dapat diselesaikan terutamanya isu MURTAD.
Apa tindakan kerajaan? Khusunya UMNO? Usah bercerita tentang isu2 lain
seprti kegagalan DEB, pembunuhan Altantuya, terlepasnya Eric Chia,dan
lain2 isu kerana focus utama saya adalah Isu Murtad. Tahukah
saudar/saudari beratus ribu telah dilaporkan murtad, bagaimana yg tidak
dilaporkan murtad? Berjuta…jadi jgn terus bermimpi dgn mengatakan
melayu=islam. Dulu mungkin..sekarang ni sama dgn bangsa lain. Malahn
lebih teruk kerana berpura2 membantu Islam tapi sebenarnya sebaliknya.
Ingat itu kerja munafik. Akhir kata, tepuk dada Tanya lah iman. Hidup
diatas muka bumi bukan kekal. Diakhirat kelak kita akan ditanya tentang
tanggungjawab terhadap agama. Wassallam
sahabat PJ - 10 Ogos 2007 at 11:31 pm
Assalamualaikum. .
Nampaknya TAR banyak menyalahkan PAS dan pembangkang dalam tulisannya. Dalam tak sedar 1 jari menuding kearah orang lain, empat jari tertuding ke arah kita sendiri. Kalau pergi Biro Tatanegara yang memang setiap penjawat kerajaan perlu hadiri. Nampak sangat puak-puak UMNO ni lah yang sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan menabur fitnah yang sangat dasyat. Lihatlah segalanya dengan mata hati justeru kita dapat melihat yang tersirat disebalik yang tersurat. dan kita akan faham APA YANG SEDANG BERLAKU SEBENARNYA..
sahabat tudung laboh - 10 Ogos 2007 at 11:51 pm
Merujuk penulisan ‘sahabat tudung laboh (STL)’, nampaknya STL menyalahkan TAR sdgkan beliau telah lahir pd thn 1903 & telah melalui segala mcm peristiwa yg membawa kpd kemerdekaan negara termasuklah susur-galur penubuhan UMNO & PAS sehinggalah kpd tragedi 13 Mei. Tahukah STL bhw slps 13 Mei, TAR digulingkan oleh org2 UMNO sendiri? Ini bermakna, penulisan TAR adalah sebuah penulisan hasil dari pengalamannya sbg org atas dlm pentadbiran negara dan bknnya atas dasar perbezaan fahaman politik.
Nampaknya STL bknlah org yg mengusung jenazah TAR. Kalu STL mengusung jenazahnya, STL tentu akn terasa insaf krn jenazahnya ringan spt kapas.
Nampaknya STL belum berjalan jauh. STL hanya nampak puak2 UMNO mengapi2kan semangat perkauman tanpa STL mengetahui di luar sana betapa hebatnya persatuan2 bkn Melayu dlm merencana agenda utk kepentingan mereka dlm negara.
Cuba selidik siapa Lee Khai Loon (bekas MPP UTM), Lee Huat Seng (bekas pelajar USM), Soh Sok Hwa, Chang Lih Kang & ramai lg. Selidik apa yg terjadi pd 17/7/06 di UPM. Sblm drpd itu, perancangan sulit telah dibuat di Cameron Highlands. Itu baru sedikit. Belum kita sentuh agenda Dewan Perniagaan xxxx. Belum kita sentuh majoriti jawatankuasa tertinggi PKR adalah org2 bkn Melayu. Dapatkah STL bayangkan agenda mereka jika dpt memerintah negara?
Dlm sebuah company yg dikuasai oleh org bkn Melayu, di mana kedudukan org Melayu. Genting Highlands cthnya. Jd, bygkanlah jika negara dikuasai pendatang Tanah Melayu, apa akn jd pd penduduk asal Tanah Melayu?
Lihat dgn mata kepala dan mata hati. STL bknnya seorg wali utk hanya semata2 melihat dgn mata hati. Barulah kita dpt melihat sejelas2nya yg tersirat di sebalik yg tersurat.
Suara Suaka - 11 Ogos 2007 at 7:04 pm
Merujuk penulisan ‘sahabat PJ (SPJ)’ plak, mmg benar perjuangan berlandaskan kaum itu haram. Tp SPJ perlu ingat bhw dlm diri setiap anak Melayu itu ada kalimah ‘Lailahaillallah’. Negara yg majoritinya Islam di dunia dan masih terpelihara dr agenda Zionis hanya tinggal Malaysia & Brunei. Apakah SPJ juga menjadi tali barut zionis secara tak langsung nih utk memporak-perandakan negara sepertimana yg terjadi kpd negara2 Islam yg lain.
“Nikmat Tuhan kamu yg manakah yg hendak kamu dustakan?” Surah Ar-Rahman.
SPJ tak bleh menuduh mereka yg mengatakan berjuang demi bangsa itu sbg salah sbb SPJ tak tahu strategi sulit mereka dlm mempertahankan agama dan tak tahu apa yg berada di sebalik hatinya. Kaji sejarah mengapa nabi menyarankan sembahyang pd waktu siang, diperlahankan suaranya manakala waktu mlm, dikehendaki utk menyaringkan suara.
Jika fokus utama SPJ adalah isu murtad, seharusnya SPJ telah melakukan kajian & mempunyai fakta yg cukup utk mengatakan beratus-ribu org telah murtad bg org Islam di M’sia. Kemudian, kajilah plak berapa ratus-ribu org yg telah masuk Islam. Jgn buat kajian berat sebelah.
Tahukah SPJ org2 yg memeluk Islam itu lebih ramai drpd org2 yg keluar drpd Islam? Jgn tanya saya dr mana fakta ini saya dapat sbb isu murtad bkn fokus saya tp fokus utama SPJ. Seharusnya SPJ lebih tahu. Saya lebih fokus kpd keamanan negara yg majoritinya umat Islam.
Disebabkan negara ini sebuah negara berbilang kaum, jika kita menuntut org2 kita, sudah pasti org2 bkn Islam juga akn menuntut kembali org2 mereka. Adakah kita nak korbankan jumlah yg lebih ramai memeluk Islam semata2 utk mendapatkan kembali org2 kita yg telah keluar Islam sdgkan jumlah mereka lebih kecil. Sbb itu slps wafatnya Rasulullah s.a.w, mereka yg keluar Islam, bunuh jer. Mengapa mereka tidak didakwahkan semula?
SPJ mengatakan DEB gagal? Cuba periksa diri SPJ & sedara-mara SPJ sendiri? Berapa ramai yg rumah mereka takde bekalan air & letrik? Berapa ramai takde kenderaan?
“Nikmat Tuhan kamu yg manakah yg hendak kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman).
Akhir kata, tepuk dada, tanya diri sendiri dulu, adakah SPJ kenal diri sendiri? Nabi kata, “Man arafa nafsahu faqad arafa Rabbahu”, barangsiapa yang kenal akan dirinya, maka dia akn mengenali Tuhannya. Selagi tak kenal diri, selagi itu jgn ckp kita kenal Tuhan kita. Dari situ baru dtgnya iman.
Oleh itu, tepuk dada, tanya diri, tanya iman.
Suara Suaka - 11 Ogos 2007 at 8:00 pm
Assalammua’alikum.
Maaf, mungkin terlalu panjang. But please take time dan baca kalu
sempat.
Berkenaan dengan isu murtad dan jumlah org masuk islam dan keluar islam
sepatutunya bukan menjadi persoalannya, pendapat dangkalnya mengenai
isu
ini amat menyakitkan hati dan tidak berasa sama sekali. Apakah jika ada
seorang umat islam yg telah murtad dan 100 orang masuk islam kita perlu
membiarkan sahaja kerana jumlah yg masuk islam lebih ramai? Apa akan
jadi jika yg seorang itu saudara atau adik beradik kita atau mungkin
anak kita(wana’u zubillahiminzalik)? Sebagai abang atau ayah, bolehkah
kita terima? Tentunya tidak bukan? Jgn sekali2 menjadikan jumlah itu
sebagai perbandingan.
Mengenai kajian tentang jumlah org murtad itu, bukan kajian dari
sebelah pihak, Isu ini dikeluarkan oleh Yg Berbahagia Mufti Perak iaitu
Ustaz Harussani, seorang government servant yg gajinya dibayar
sepenuhnya oleh Kerajaan yg memerintah sekarng. Seorang yg berjawatan
sebagai mufti negeri tak mungkin sewenang-wenangnya mengeluarkan
dakwaan
seperti itu. Jika dakwaan Ustaz tersebut adalah berat sebelah dan tidak
benar sama sekali masakan beliau masih kekal menjadi mufti Perak
sekarang ini? Dan yang paling penting sekali saudara menyatakan kita
perlu melakukan kajian terperinci mengenai masalah murtad yg semakin
membarah ini. Mengapa perlu melakukan kajian terperinci terhadap isu yg
telah jelas ini? Apakah jika tiada kajian maka isu ditutup? Dan apakah
jika ternyata isu ini memang benar mengikut kajian baru kerajaan akan
melakukan tindakan(yg sampai sekarang senyap sunyi mengenai isu ini).
Dan yg paling penting siapa yg perlu melakukan kajian? APakah saya,
saudara ataupun ketua kampong kita? Bukan kah setiap negeri ada jabatan
agama sendiri? Mengapa bukan mereka yg menjalankan kajian? Bukankah
dakwaan beratus ribu murtad itu dtgnya dari Mufti Perak yg merupakan
penjawat dijabatan kerajaan sendiri? Tepuk dada tanya iman. Mereka
mempunyai kuasa dan kemampuan bukan?
Apakah yg dimaksudkan dengan strategi sulit dalam mempertahankan agama?
Perlukah bersembunyi dalam membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran?
Lihat sahaja konsert Gwen Steffani(Maaf ejaan mungkin salah). Penyanyi
ini dikenali sbg symbol seks di U.S, tapi jemputan utk mengadakan
konsert seakan2 digalakkan oleh Kerajaan Malaysia. Perlukah bersembunyi
utk menyatakan yg kita tak bersetuju Penyanyi ini dibawa masuk ke
Malayisa? Tidak adakah penyanyi yg lebih bersopan? Tiada kuasakah pihak
kerajaan khususnya pemimpin UMNO sebagai mana yg Saudara katakan ada
kalimat Laillahaillah dlm diri mereka utk menghalangnya? Tidak perlu
diungkit mengenai isu2 lain yg jelas haram yg sudah berlaku dan sedang
berlaku cthnya konsert Jom Heboh dimana sekali lagi mufti2 telah
mengeluarkan fatwa bahawa konsert ini adalah haram. Dimana Kerajaan
khususnya UMNO? Perlukah bersembunyi2 utk sama2 menyokong pengharaman
ini? Satu lagi Bukankah meletakkan dan memberi tabik hormat pada Tugu
Negara itu hukumnya haram sedangkan membina patung berlembaga itu juga
sudah haram? Sekali lagi perlukah bersembunyi dalam isu ini dimana jika
dilaksanakan takkan menganggu ketenteraman awam. Tepuk dada tanya iman.
Jangan jadikan isu berbilang kaum menjadi penghalang untuk mendaulatkan
Islam. Dlam isu ini kalau kit abaca sejarah nabi S.A.W dulu, dekat
Makkah tu mempunyai berbilang kaum sebelum Negara Islam diujudkan oleh
Nabi S.A.W. Tidak menjadi masalah bagi beliau utk menyatukan kaum2
tersebut. BAhkan telah pun diketahui bahawa kaum arab ini adalah kaum
yg
paling degil didunia bahkan kerana itu Allah S.W.T menurunkan nabi dari
kalangan mereka. Allah yg menciptakan segala macam benda makanya Dia
lebih tahu mengenainya. Perintah yg dikeluarkan Allah utk mendaulatkan
islam dimuka bumi bukan hanya ditutunkan utk umat2 sebelum tapi
berterusan hingga ke hari kiamat. Begitu juga utk menjadikan hukum2
Islam adalah menjadi kewajiban yg sama beratnya dengan ibadat2 lain
seperti sembahyang, puasa dan lain2. Kewajiban kita sebagai khalifah
dimuka bumi mesti dilaksanakan, Berjaya atau tidak bergantung pada
Allah. Sekutang2nya dengan perjuangan itu kita mendapat pahala dan
InsyaAllah Keredhaan Allah.
Pendapat saudara mengenai keamanan Negara.
Siapa yg tak mahukan keamanan? Tapi perlukah kita membiarkan org islam
murtad utk mengekalkan keamanan yg sementara ini? Apakah definisi
keamanan menurut secular atau islam? Walaupun Negara tiada peperangan,
rusuhan kaum, rogol, kecurian, samun dan lain2 lagi tapi ramai muslim
murtad boleh diterima aman dlam kacamata Islam? Apakah jumlah masuk
atau
keluar islam menjadi penentu kepada keredhaan Allah? Sila fikirkan.
Tentang kenal diri maka kenal Allah.
Contoh yang amat jelas, sebagaimana kita tahu bahawa merokok itu
bahaya,
tapi kita terus menghisapnya maknanya kita masih belum kenal diri
bukan?
Kerana itu tak perlu kita memberitahu tentang bahaya merokok pada anak2
atau org yg lebih muda dari kita. Sama jugak dgn isu2 berkaitan dgn
kehidupan, oleh kerana kita jahat dan kita tahu benda yg kita buat itu
tidak baik makanya tak perlu memberi nasihat/menegur org lain tentang
dosa atau bahayamya sesuatu perkara sebab kita tak kenal diri lagi?
“Nikmat Tuhan kamu yg manakah yg hendak kamu
dustakan?” Surah Ar-Rahman.
Mengenai ayat diatas, sudah acapkali saya mendengar dan diperdengarkan.
Bagaiman pula ayat2 lain yg mewajibkan kita mencegah kemungkaran dan
menegakkan yang hak? Apakah kita sudah benar2 mengamalkannya atau
sebagai org yg berkuasa apakah kita bersungguh2 utk menjalankannya?
Atau
sekadar menjadi kulit agar kita Nampak islamik dimata dunia amnya dan
dimata rakyat melayu khasnya? Wallahu’alm. Lihat sahaja kemungkaran yg
berlaku sekarang? Sekali lagi tepuk dada tanya iman.
Saranan saya adalah untuk diri
saya dan kawan2 yang saya kasihi. Sya tidak pandai dlm bab agama tapi
InsyaAllah, Allah S.W.T masih memberi tunjuk ajar melalui ustaz2 serta
ulamak2 yg muktabar. Wassallam.
sahabat PJ - 13 Ogos 2007 at 2:36 pm
Quote from sahabat PJ
“Perintah yg dikeluarkan Allah utk mendaulatkan
islam dimuka bumi bukan hanya ditutunkan utk umat2 sebelum tapi
berterusan hingga ke hari kiamat. Begitu juga utk menjadikan hukum2
Islam adalah menjadi kewajiban yg sama beratnya dengan ibadat2 lain
seperti sembahyang, puasa dan lain2.”
Dari Ibn Abbas ra. katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya “Ada lima tindakan yang dibalas juga dengan lima yang lain.”
Para sahabat bertanya: “Ya Rasullulah, apakah yang dimaksudkan dengan lima tindakan dibalas dengan lima yang lain?”
Baginda bersabda:
“Tidaklah suatu kaum merosak janji, melainkan Allah membiarkan mereka dikuasai oleh musuhnya.
Tidaklah mereka menerapkan HUKUM bukan dengan apa yang diturunkan Allah, melainkan tersebarlah keKAFIRan di kalangan mereka.
Tidaklah timbul perbuataan keji(zina) di kalangan mereka, melainkan Allah menurunkan penyakit kepada mereka, iaitu banyak kematian.
Tidaklah mereka curang dalam menakar dan menimbang, melaikan akan dicegah tanam-tanamannya utk tumbuh, dan mereka siseksa berpuluh-puluh tahun, dan
tidaklah mereka enggang mebanyar zakat, melainkan ditahanlah hujan(tidak turun) kepada mereka.”
(HR Tabrani)
kalau ikut hadis ni, mungkin statistik bilangan murtad kena tambah lagi. sbb pengubal undang-undang ada mendefinaskan judi HARAM dan ada judi BERLESEN(sepatutnya dipanggil/dinamakan judi HALAL sbb berlawanan dengan judi HARAM). dan bukankah murtad bila tukar hukum HALAL-HARAM.
wallahualam.
kbkel - 13 Ogos 2007 at 3:36 pm
sahabat pj hanya nampak semut di balik gunung ganang tp gajah dpn mata wat2 tak nampak. Berapa ramai org2 PAS yg murtad sbb bersubahat dlm menghalalkan yg haram.
sahabat kpd sahabat PJ - 13 Ogos 2007 at 8:43 pm
Bukanlah kita membiarkan shj isu murtad nih yg sebenarnya taklah berleluasa sgt. Tahukah SPJ, bkn shj Ustaz Harussani yg ckp angka tu, malah MB Pahang, Adnan Yaakob pun ckp, diwar2kan di media lg. Apa tujuan plak beliau sbg ahli MT UMNO mengutarakan perkara tuh? Bukankah kenyataan spt itu bleh ‘membunuh’ UMNO sendiri? Sbb itu dikatakan, ada ‘game’ yg dimainkan. Tidak perlulah utk kita mengetahui apa strategi tuh.
Sama keadaannya apabila dilaporkan oleh sebuah institusi yg menyatakan ekuiti org Melayu sebyk 45%. Lantas diperangi habis2an oleh kerajaan dgn menyatakan kajian itu sbg salah. SPJ percaya ker ekuiti org Melayu hari ini hanya 18%? Sdgkan sykt2 besar yg selalu PAS kutuk tuh bukankah kebanyakannya dipunyai oleh Melayu? Samalah dulu apabila ditetapkan kuota bumiputera di IPTA sebanyak 60%. Tp dlm diam, dilaksanakan lebih dr kuota yg diperuntukkan.
SPJ mungkin tak mengetahui betapa pihak JAKIM & PERKIM ‘berperang’ dgn mubaligh2 kristian. Hari ni masuk di sebuah perkampungan org asli utk mengajak kpd Islam, minggu dpnnya plak mubaligh2 nih plak masuk. Pihak JAKIM masuk lg & lg & lg…
Sesungguhnya jika kita mengumumkan bhw jumlah murtad tu sikit, sudah tentu ia akn membangkitkan semangat mubaligh2 agama lain utk bertungkus-lumus menjalankan kerja2 dakwah. Kita perlu ingat, tajaan utk mereka melakukan dakwah nih terlalu besar drpd org2 yg inginkan Islam terhapus di muka bumi.
Rasulullah s.a.w bersabda, “bukanlah pendusta org yg mendamaikan di antara 2 manusia, lalu ia menyampaikan perkara yg baik atau percakapan yg baik.”
Sbb tu disyorkan agar SPJ semak sejarah bagaimana sembahyang di waktu siang itu diperlahankan suaranya tp di waktu malam dinyaringkan suaranya. Tahukah SPJ bhw perintah itu dilakukan utk mengelak drpd munafiqin dan kafrin menyerang org2 Islam. SPJ kata, “perlukah bersembunyi dlm buat kebaikan & cegah kemungkaran?” & “jangan jadikan isu berbilang kaum menjadi penghalang untuk mendaulatkan Islam” antara lain juga bermaksud, kenapa mesti takut dlm menegakkan syiar Islam? Kasi lah ayat ni kat Rasulullah s.a.w. Ada berani? wana’u zubillahiminzalik.
Belum lg kita minta SPJ semak sejarah tatkala Saidina Ali r.a mula2 dilantik sbg khalifah. Oleh itu, strategi atau hikmah dlm berdakwah itu lebih utama dlm sebuah negara berbilang agama dan bangsa.
Kita sibuk dgn perkara2 murtad sdgkan kita terlupa perkara2 yg bleh membatalkan aqidah, menyesatkan org lain, menghalalkan yg haram & mengharamkan yg halal. SPJ mengatakan PAS adalah pejuang2 yg ikhlas dlm menegakkan Islam. Apa buktinya? Antara menangani isu murtad & org2 Islam yg sesat lg menyesatkan, mana yg lebih utama? Antara org kafir & munafiq, mana yg lebih bahaya?
Lupakah kita adanya hidangan arak (Heinekken) di Markas PAS Wakaf Tapai, Marang pd bln 3, 2004? Sejahat2 UMNO tak pernah mengorbankan nilai demi utk menarik sokongan bkn Melayu.
Hj Takiyudin Hassan, Pengerusi J/kuasa K’jaan Tempatan, Perumahan & Kesihatan Kelantan telah memutuskan utk membenarkan artis tak pakai tudung diundang ke Konsert MPKB-BRI pd 19/11/06. Kira2 15,000 yg hadir di Stadium Sultan Muhammad IV, lebih ramai drpd jumlah yg hadir ketika PAS wat perhimpunan utk mempertahankan Kelantan di KB baru2 nih. Saya adaptasikan kembali ayat2 SPJ, “Penyanyi2 ini dikenali sbg simbol keruntuhan akhlak di M’sia, tapi jemputan utk mengadakan konsert seakan2 digalakkan oleh Kerajaan PAS. Perlukah bersembunyi utk menyatakan yg kita tak bersetuju penyanyi ini dibawa masuk ke Kelantan yg juga digelar sbg Serambi Mekah?” Sejahat2 UMNO tak pernah berkata sptmana Hj Takiyudin berckp sedemikian rupa demi utk menarik sokongan rakyat.
Lupakah bagaimana Hadi Awang memeluk erat Lim Kit Siang, parti yg dr dulu lg kita tahu terlalu kuat menentang sistem negara Islam dilaksanakan di M’sia. Sejahat2 UMNO tak pernah memeluk ketua2 parti komponen yg bkn Islam.
Lg dahsyat bila seorg Ketua Pemuda PAS mengatakan bhw menyokong pelaksanaan Islam Hadhari itu sbg murtad di sebuah surau di Terengganu pd 18/7 yg lalu spt yg dilaporkan oleh Abdul Rosol Wahid di Dewan Undangan Negeri. Sejahat2 UMNO tak pernah mengatakan sape2 yg sokong PAS tuh sbg murtad.
Apa kata jika SPJ menegur perkara2 spt ini melalui ruang2 komen di laman2 web dan blog2 PAS. Mengadaptasikan kembali kata2 SPJ, “Apakah PAS sudah benar2 mengamalkannya atau sebagai org yg kononnya berjuang utk Islam, apakah PAS bersungguh2 utk menjalankannya? Atau sekadar menjadi kulit agar PAS nampak islamik di mata dunia amnya dan di mata rakyat melayu khasnya?”
Tepuk dada, kenalilah diri, tanyalah iman.
Suara Suaka - 15 Ogos 2007 at 6:59 am
Saudara Suara Suaka.
MAaf, dakwaan saudara penulis tentang perkara diatas sukar untuk dipercayai tanpa b ukti2 yang sahih. Kenyataan saudara tentang hidangan arak jenis heinekken dlm majlis melibatkan PAS bagi saya adalah suatu fitnah sedangkan saudara sendiri tahu bahwa Kerajaan PAS lah yg mengurangkan lessen penjualan arak sewktu pemerintahan di Terengganu. Mengenai jemputan artis ke Kelantan juga nampaknya diputarbelitkan. Yang saya tahu PAS hanya menjemput artis yg setuju utk menjaga etika sebagai seorang muslim. Hanya penonton perempuan dibenarkan utk menghadiri program artis perempuan. Kalau ada perkara sedemikian berlaku diatas sebagaimana dakwaan saudara sudah tentu media2 kerajaan akan menggunakan peluang2 ini utk menjatuhkan PAS. Tapi hingga kehari ini tiada langsung laporan dari media2 elektronik atau cetak yg melaporkan kejadian sedemikian rupa? Atau mungkin saudara penulis ada bukti? Sila kemukakan.
Baik, bukti PAS ikhlas dlm memperjuangkan islam boleh kita lihat dari Tn Guru Nik Aziz itu sendiri, tahukah saudara beliaulah satu2nya menteri besar yang tinggal dirumah sendiri dibandingkan menteri2besar dlm UMNO? Usah pergi jauh lihat sahaja menteri besar Selangor, utk buat renovation rumah sanggup berhabis jutaan ringgit yg tentunya duit rakyat. Malahan sewaktu renovation sedang dijalankan beliau menginap dihotel anak beranak. Apa jadi dgn enakmen uundang2 Islam yg telah PAS cadangkan bebrapa tahun lepas? Bukankah saudara sendiri tahu bhw ianya ditolak mentah2 oleh kerajaan pusat? Alasannya itu hudud PAS. Kalau benar itu hudud PAS, buatlah hudud yg betul mengikut Islam. Sampai hari ni takde pun usaha2 kerajaan khususnya UMNO utk mendaulatkan undang2 islam.
Sesungguhnya jika kita mengumumkan bhw jumlah murtad tu sikit, sudah tentu ia akn membangkitkan semangat mubaligh2 agama lain utk bertungkus-lumus menjalankan kerja2 dakwah. Kita perlu ingat, tajaan utk mereka melakukan dakwah nih terlalu besar drpd org2 yg inginkan Islam terhapus di muka bumi.
Rasulullah s.a.w bersabda, “bukanlah pendusta org yg mendamaikan di antara 2 manusia, lalu ia menyampaikan perkara yg baik atau percakapan yg baik.”
Sbb tu disyorkan agar SPJ semak sejarah bagaimana sembahyang di waktu siang itu diperlahankan suaranya tp di waktu malam dinyaringkan suaranya. Tahukah SPJ bhw perintah itu dilakukan utk mengelak drpd munafiqin dan kafrin menyerang org2 Islam. SPJ kata, “perlukah bersembunyi dlm buat kebaikan & cegah kemungkaran?” & “jangan jadikan isu berbilang kaum menjadi penghalang untuk mendaulatkan Islam” antara lain juga bermaksud, kenapa mesti takut dlm menegakkan syiar Islam? Kasi lah ayat ni kat Rasulullah s.a.w. Ada berani? wana’u zubillahiminzalik.
Diatas adalah tulisan saudara,
Hakikatnya jumlah murtad itu memang besar. Takkan mufti Perak nak menipu pulak. Jgn berselindung disebalik kenyataan saudara dgn mengatakan yg mubaligh kristian akan bekerja keras utk memurtadkan org islam jika kes murtad dilaporkan sedikit. Hakikatnya, cukup 1 org murtad sudah boleh mendtgkan bencana bg org islam yg lain. Bukan ‘game’ sepertimana yg saudara nyatakan, memang sebenarnya UMNO tidak mampu dan tak akan mampu utk menyelesaikan kemelut murtad ini selagi mereka masih ada kepentingan sendiri utk diperjuangkkan. Kenyataan saudara itu hanyalah alasan untuk menutup kelemahan UMNO yg mendabik dada dengan Islam Hadhari yg serba tak menjadi.
Mengenai sembahyg siang hari pula jgn dikaitkan dengan keadaan sekarang. Kita kembali pada soal asas. Agak kelakar pabila seorang TPM menyatakan bhw Malaysia ini Negara islam tetapi masih perlu bersembuny utk menegakkan syiar islam?
Mengadaptasikan kembali kata2 SPJ, “Apakah PAS sudah benar2 mengamalkannya atau sebagai org yg kononnya berjuang utk Islam, apakah PAS bersungguh2 utk menjalankannya? Atau sekadar menjadi kulit agar PAS nampak islamik di mata dunia amnya dan di mata rakyat melayu khasnya?”
Utk itu bukan saya yang perlu mencari jawapannya. Saudara penulis perlu pergi sendiri ke Kelantan dan bertanya. Perubahan2 yg berlaku sejak PAS memerintah Kelantan adalah bukti PAS benar2 ikhlas perjuangkan Islam. Berbanding negeri2 lain cuba saudara bandingkan? Tepuk dada tanya selera. Kaji kedua2 belah pihak dengan ikhlas dan tanpa prejudis. Ketepikan kepentingan sendiri dan jgn menyokong membuta tuli. Hadirkan diri mendengar ceramah2 agama agar saudara lebih celik Islam dan tidak hanya Melayu. Tepuk dada, kenalilah diri, tanyalah iman Tepuk dada, kenalilah diri, tanyalah iman
SPJ - 15 Ogos 2007 at 2:10 pm
Mengenai bukti hidangan arak di markas PAS Wakaf Tapai, SPJ boleh semak akhbar China Press, Terengganu bertarikh 16/3/04 (hanya sehari slps shj dilaporkan). Siap dgn gambar lg. Atau kalau nak saya emailkan, kasi email SPJ, saya boleh emailkan (komentator lain yg nak leh ntak kat SPJ)
Mengenai suasana konsert di kelantan, SPJ boleh rujuk akhbar Kosmo, 20/11/06 (hanya sehari selepas itu shj dilaporkan). Siap dgn gambar2 lg ditunjukkan betapa percampuran antara lelaki dan perempuan di konsert tersebut di sebuah negeri yg begitu bangga disebut sbg serambi mekah.
Sape kata hanya di kalangan orang UMNO shj hidup mewah? Cuba selidik seorg YB PAS, ADUN Batu Buruk yg mempunyai kereta mewah dan sebuah rumah di Bukit Bayas, Kuala Terengganu. SPJ tahukah berapa harga rumahnya? RM7 juta tau. Terlalu jauh jika nak dibandingkan harga rumah MB S’gor.
Bukti itu ada tp SPJ tak pernah dgr kan? Agak2nya sbb apa? Ketahuilah SPJ, org2 UMNO tidak mudah utk menceritakan keaiban org sebagaimana yg dilakukan oleh org2 PAS. Nampaknya, org2 UMNO itu lebih memahami & mendalami erti Islam drpd org lain yg hanya Islam spt memakai baju. Nak pegi keje, pakai baju lain. Nak tido, baju lain.
Makan tidak hairanlah jika mereka melaksanakan apa2 kebaikan atau amanah Allah sbg pemerintah di mukabumi dgn senyap, penuh hikmah & strategi. Seandainya tak begitu, dah lama bumi M’sia ni ditimpa laknat Allah sptmana telah berlaku di Bosnia, Indonesia dsb.
Pelaksanaan hukum2 dlm Islam boleh dibuat dlm bentuk hudud, qisas atau takzir. Apa yg dibuat skang ialah lebih kpd takzir. Bukankah takzir juga termasuk dlm hukum2 yg dibenarkan dlm agama utk menjalankan sebarang hukuman di kalangan manusia?
Mengadaptasikan kembali kata2 SPJ, “perubahan2 yg berlaku sejak UMNO memerintah M’sia adalah bukti UMNO benar2 ikhlas perjuangkan anak2 Melayu yg di dlmnya tersemat kalimah iman & amal. Berbanding negera2 lain, cuba saudara bandingkan?”
Struktur niat terbahagi 3: Keakuan, perbuatan & sumpah. “Sahaja aku sembahyang fardhu Asar 4 raka’at tunai kerana Allah Ta’ala.” Sahaja aku – Keakuan, Sembahyang bla bla bla – perbuatan, Kerana Allah Ta’ala – Sumpah. So, samalah jika mereka yg benar2 ikhlas mempunyai struktur niat yg sama, “shj aku berjuang utk org2 Melayu kerana agama Allah”. Mereka berjuang kerana kalimah yg ada dlm diri setiap anak2 Melayu.
Suara Suaka - 15 Ogos 2007 at 4:40 pm
Saudara Penulis
Tindakan anda amat dialu2kan. Bukti tersebut akan saya teliti. Andaikata bukti diberi anda benar, itu terpulang pada siapa yg buat, dia akan menerima balasan Allah. Yang penting sebagaimana saya tegaskan, pemilihan wadah perjuangan perlu dengan penelitian terhadap asas sesebuah parti itu dlm Negara yg mengamalkan demokrasi (walaupun separuh masak) seperti Malaysia ni. Dlm penelitian saya, hanya PAS shj parti yg benar2 mengambil Islam dan Sunnah sbg landasan. Manakala UMNO saya teliti parti ini lebih kepada perjuangan assabiyah iaitu berbentu perkauman yg jelas hukumnya haram. Dan kadangkala asasnya berubah mengikut zaman. JElas disini dari segi asas UMNO telah kalah sebelum berjuang mengikut perspepsi Islam. Penyelewengan yg berlaku dlm PAS memerlukan kami sebagai generasi muda utk merubah. Dan andaikata UMNO mengambil Islam dan Sunnah sebagai landasan perjuangan sebagaimana kata Tn Guru Nik Abd Aziz, kami akan bersama2 beliau keluar PAS dan masuk UMNO. BEgitu mudah, saya tiada kepentingan apa2 dan tidak mengharap apa2 dari PAS atau parti politik lain.
Sebelum saya tamatkan email kali ini, ingin saya nyatakan pendapat bahawa kenyataan saudara mengenai tertanamnya kalimah Laillahaillallah dlm dri setipa melayu adalah bersalahan sama sekali dengan tujuann penciptaan manusia itu ole Allah. Kalau benarlah bagai dikata, maka saudara telah menyempitkan Islam itu hanya utk kaum yang bernama meLAYU. Bukankah islam itu universal? Kalau begitu kita patut bina Kaabah di Putra Jaya. Wassallam.
Email:
kyrulludin@yahoo.com
SPJ - 15 Ogos 2007 at 5:17 pm
Oh, maafkan saya jika kata2 saya tentang kalimah iman & amal dlm diri setiap anak melayu mengundang salah faham. Semoga Allah juga mengampunkan saya. Saya cuma berbicara dlm konteks negara M’sia yg asalnya penduduk Melayu. Penubuhan UMNO pd 1946 pun atas penyatuan 41 pertubuhan anak2 tempatan dr seluruh Tanah Melayu pd ketika Tanah Melayu dibanjiri pendatang2 asing yg dibawa masuk oleh penjajah Inggeris.
Jadi, berbicara dlm konteks UMNO sudah tentulah merujuk kpd melayu itu sendiri. Takkan nak masukkan cina & India plak. Assobiyah itu menyayangi kaum/kumpulan sehingga menzalimi org lain.
Hari ini baik cina atau india tak pernah dizalimi sepanjang mereka di bwh pemerintahan org2 melayu. Malah org2 melayu plak yg dizalimi spt tragedi 13 mei. Sehingga hari ini, takde pun org2 bkn melayu merungut tak dpt mkn, tak dpt keje, tak dpt tempat tinggal ker.
Kalu nak diikutkan, PAS itu lg assobiyah. Ingatkah SPJ ttg amanat Hj Hadi:
“Saudara-saudara sekalian, Percayalah! kita menentang UMNO bkn kerana nama dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional, bkn kerana nama Barisan Nasional. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah”. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak2 ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dgn mengatakan politik suku agama suku”
SPJ tentu tahu kes sembahyang 2 imam, tak mahu bersembahyang di masjid yg imamnya org UMNO, tak nak pegi kenduri semata2 tak nak mkn hasil sembelihan org2 UMNO. Bukankah itu assobiyah?
Yg terbaru adalah fatwa yg dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Sharpawi di surau Tmn Rakyat Jaya, Terengganu pd 18/7 yg lalu:
“Saya terangkan kpd semua pd malam ini, org yg memperjuangkan Islam Hadhari, org yg menyokong Islam Hadhari, org yg beriktikad Islam Hadhari Islam yg baik, dia MURTAD kpd agama Allah. Saya bertanggungjawab dgn ucapan ini. …. “
Bukankah ini assobiyah namanya?
Apakah ini yg dikatakan PAS mengambil Al-Quran & Sunnah sbg landasan? Di mana seruan ke arah perpaduan krn Rasulullah s.a.w sendiri amat menitikberatkan perpaduan.
PAS ditubuhkan slps UMNO ditubuhkan. Itupun atas dasar kecewa. Berbeza dgn UMNO yg ditubuhkan atas dasar utk membebaskan Tanah Melayu dr cengkaman penjajah di samping mengembalikan hak & tanah ke atas penduduk peribumi.
Tahukah SPJ apakah pesan Umar Al-Khatab kpd Usman Affan ketika menyerahkan jwtn khalifah? Umar kata, jika ada yg menentang kamu, bunuhlah mereka! Begitu hebat sekali Umar menitikberatkan perpaduan.
Dan sepatutnya PAS pd awal penubuhannya lg telah ‘dibunuh’….
Nti saya emailkan…
Suara Suaka - 15 Ogos 2007 at 7:00 pm
Saya Anak Malaysia Dan Cintakan Negara Serta Sayangkan Perpaduan Negara Kita Walau Apa Pun Persoalan Serta Permasalahan Saya Berharap Kita Semua Sentiasa Berada Dalam Keadaan Aman Dan Saling Hormat-Menghormati…
NURHISHAM - 6 Jun 2010 at 1:32 pm
Sy nak ingatkan spj jangan jadi org bodoh, kena bijaksana jangan pakai yg tersurat shj. Ajenda kafirun d musyrikin tersangat luas. Cayanunalit ba….nyak agendanya. Kaji selidiklah. Kena berwaspada. Jgn peluk d cium mereka. Kena ada sempadanlahhh.
Semasa sy meminati politik (1970) ada org2 lama selalu menyebut parti itu adalah Parti Ajaran Sesat yg memang sy akui bila mendengar ceramahnya, kerana apa yg diceramahkan adalah untuk menyesatkan org ramai kecuali yg berakal menyemak dan mengkaji semula apa yg diceramahkan. Org2 Melayu ramai yg blh diperbodohkan seperti baru2 ni, bila dibayar dgn wang yg sedikit bersedia utk membuat kerja2 bodoh. Bohong d terus membohongi itulah yg sy nampak pada parti ajaran sesat ini. “Once lie will continue to lie.”
Ingatlah penubuhan Parti Anak Syaitan, skrg ni klu keadaannya dianalisakan, adalah di bawah nasihat org2 putih dulu, dia org dah kaji dah…. hanya dgn akidah shj blh melemahkan org berugama Islam ni (pangka PAS masuk syurga), kerana mereka ingin org2 berugama Islam ni berpecah belahh…… Tahu tak! Dan, agenda org2 putih ni utk menakluki dunia semula masih terus berjln dgn pelbagai-bagai program. Kena tengok pelbagai-bagai sudut…. Jadilah orang yang bijak..laksana. Sebab Islam itu lagi bijak… laksana. Klu tidak, Melayu tak survive hari ini. Ingat Ugama Islam di Malaysia tidak tersendiri krn Ugama itu mesti pada org dan org2 Melayu adalah orgnya.
Spj, pls don’t be a fool. Bacalah dan ka…..jilah. Banyak tulisan yg tersibar. Padang pada sudut kebenaran. Realitas sebenar bukan relitas akal.
Syabas Suara Suaka pls continue yr perjuangan.
Mokhtar Jalil - 19 Julai 2011 at 11:31 am
Orang UMNO putar belit
UMNOPUTARBELIT - 10 Mei 2012 at 8:09 pm
orang pas putar belit
dien - 7 Jun 2012 at 4:21 am
Pengorbanan TAR adalah bg rakyat Malaysia. kemajuan yang anda dapat sbg bangsa melayu melalui pengorbanan org UMNO. PAS memperjuangkan islam adalah bagus tapi bila mereka menjadi basikal kayuhan DAP mebuatkan saya meluat macam nak muntah. sebab terang terang DAP ingin menghancurkan bangsa melayu. Dengan terbitnya buku tersebut memberi pengajaran bahawa kita sbg bangsa utama terpenting di Malaysia harus berwaspada terhadap musuh. Jadi kepada yang membenci sgt dgn UMNO dan Tunku Abdul Rahman bermakna anda membenci bangsa sendiri dan membenci insan seagam sendiri. Jgn lah kerana Taksub dgn Politik Hati kamu semua jadi buta dan penuh dengan kebencian seharusnya kita bersatu padu sebelum anda dihambat spt penyapu macam 13 Mei.
1 - 14 Jun 2012 at 4:14 pm
aku sokong pengorbanan org Melayu memperjuangkan agama ISLAM dan bangsa Melayu. Semoga Bangsa Melayu dapat bersatu padu dan menjauhi segala ketaksuban yang boleh menendang kita satu sama lain. sebelum aku dihambat oleh Karpal Singh, AKU NAK HAMBAT DIA DULU DENGAN ……………………………………………………………………….
1 - 14 Jun 2012 at 4:20 pm
MSG INI KHAS UNTUK SAHABAT SAHABAT TUDUNG LABOH LAH SANGAT. JGN INGAT ANDA MEMAKAI TUDUNG LABOH ANDA BOLEH MEMPERKOTAK KATIKKAN PERJUANGAN (TUNKU ABDUL RAHMAN) Anda menggunakan tudung laboh untuk menghentam org maksudnya akidah anda tidak betul, hati anda penuh dgn kebencian. Ingatlah kebencian hanya mengurangkan keimanan anda. Anda seharusnya tidak taksub akan politik. jika anda rasa perkara itu salah tidak perlu anda menunding jari dengan ego. kenyataan anda boleh dianggap sbg fitnah yg keji. Ingatlah fitnah lebih teruk drpd membunuh. anda memfitnah Tunku. seorang beragam islam dan berbangsa melayu. Anda jawablah diakhirat nanti. Jgn berlagak pandai dan terlalu syok menunding jari. Bagus sgt lah engkau tuuuuuu………Tudung konon. ungkapan terbaik.ada syaitan dibalik tudung.paham paham je lah.
1 - 14 Jun 2012 at 4:29 pm