13 Mei – Sebelum & Selepas
sebuah buku hasil karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969

Archive for the ‘13 Mei – Sebelum & Selepas’ Category

Buku Yang Benar Lagi Berani

13 Mei 2007

Buku bertajuk 13 Mei – Sebelum & Selepas adalah hasil nukilan Tunku Abdul Rahman sendiri. Buku yang mengandungi 23 Bab ini dibawakan untuk tatapan para sahabat sekalian agar kita dapat menghayati detik-detik kepayahan yang pernah dilalui oleh negara. Bersama-samalah untuk kita menjaga agar tanah tumpahnya darah, keringat dan air mata para pejuang Melayu yang terdahulu tidak lagi dibasahi noda-noda hitam. […]

BAB 1 : Ilham Dari Hospital

13 Mei 2007

APABILA seseorang sedang terbaring di hospital kerana menunggu sembuh daripada pembedahan, banyaklah waktu yang terluang baginya untuk berfikir. Di dalam kesunyian dan kesepian sepanjang  malam terbaring keseorangan, maka akan terbayang-bayanglah di dalam fikirannya segala kejadian, peristiwa yang berlaku dan kesan-kesan yang telah timbul, sehingga jelaslah kepadanya masalah  dan keadaan  yang dihadapi dan juga cara bagaimana persoalan-persoalan  itu dapat diselesaikan. […]

BAB 2 : Bayangan Masa Lampau

13 Mei 2007

ADA orang berkata bahawa peristiwa yang lepas boleh dijadikan alamat bagi peristiwa-peristiwa yang akan datang, tetapi hanya seorang wali sahaja yang mungkin dapat meramalkan bahawa faktor-faktor penting yang membawa kepada kekacauan yang telah berlaku itu ialah detik-detik kejadian yang berlaku dalam pilihan raya umum tahun 1969. Sungguhpun begitu, sebelum saya menghuraikan satu persatu tentang peristiwa […]

BAB 3 : Pilihan Raya Umum

13 Mei 2007

MENYINSINGNYA fajar tahun 1969, saya terus sibuk dengan persiapan untuk Persidangan Perdana-Perdana Menteri Komanwel dalam bulan Januari, dan selepas daripada balik  dari persidangan di London itu barulah Kerajaan mengisytiharkan pada 20 Mac bahawa pilihan raya akan diadakan pada hari Sabtu, 10 Mei dan hari penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 5 April. Parti-parti pun mulalah melipatgandakan […]

BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina

13 Mei 2007

KONGSI gelap bukanlah satu gerakan baru di Malaysiai. Anggota-anggota  pertubuhan haram itu adalah sebahagian daripada masyarakat Cina. Apakala kaum Cina mendapat kekayaan, bilangan kuman-kuman masyarakat ini juga menjadi bertambah besar. Pengaruh mereka terdapat di segenap penjuru alam, di mana ada orang Cina, sekalipun di Chicago, San Francisco atau London. Di Malaysia, di mana orang Cina […]

BAB 5 : Tipu Helah Dalam Kempen

13 Mei 2007

PAS telah cuba hendak meluaskan pengaruhnya keluar dari Kelantan ke negeri  Kedah dan Perak dengan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil di negeri-negeri itu, tetapi mereka telah gagal. Saya diberitahu soal-soal agama tidak begitu menolong parti itu di negeri-negeri Pantai Barat, kerana orang-orang di situ lebih luas pandangannya dan lebeh menghormati hak-hak orang lain untuk […]

BAB 6 : Sidang Islam Yang Bersejarah

13 Mei 2007

SALAH satu daripada perkara yang sangat dikesali dalam kempen pilihan raya tahun 1969 ialah sewaktu Pas sedang mengecam Kerajaan Perikatan, terutamanya UMNO dalam soal-soal agama Islam, maka pada ketika itulah juga Malaysia sedang mencipta satu sejarah baru untuk dunia Islam. Sungguhpun Malaysia bukan sebuah negara yang bercorak ugama, tetapi Islam ialah agama rasminya. Tidak kurang […]

BAB 7 : Upacara Pengkebumian “Pahlawan Merah”

13 Mei 2007

KETIKA sidang perwakilan sedang memberi fikiran mereka dengan bersungguh-sungguh di dalam Persidangan Antara Bangsa yang bagitu penting, kempen pilihan raya telah berjalan dengan hebatnya di seluruh Malaysia Barat.             Dalam kempen itu timbullah perkara-perkara yang menyakitkan hati, yang boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan antara satu dengan lain. Saya telah pun memberi beberapa contoh tentang apa […]

BAB 8 : Pengundi-Pengundi Membuang Undi

13 Mei 2007

CUACA di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia pada hari mengundi yang jatuhnya pada hari Sabtu, 10 Mei, kelihatan begitu cerah. Ini telah diberitahu kepada saya semasa saya berada di Alor Star kerana terdahulu sehari daripada hari itu saya telah melawat kawasan pilihan raya saya Pulau Langkawi. Mungkin juga boleh difahamkan bahawa pada hari itu saya […]

BAB 9 : Hasil Yang Mengejutkan

13 Mei 2007

DALAM pilihan raya tahun 1969, banyak masalah besar yang perlu dihadapi, seperti pengundi-pengundi yang baru didaftarkan yang besar bilangannya. Apakah sikap yang akan mereka ambil apabila mereka masuk ke tempat mengundi untuk menanda kertas-kertas undi mereka?.             Perikatan boleh merasa yakin bahawa dengan jasa-jasa yang telah dibuat olehnya itu, ia akan mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi […]

BAB 10 : Mabuk Kemenangan

13 Mei 2007

Sebagaimana yang telah saya sebutkan dalam bab lalu, keputusan pilihanraya 1969  telah memeranjatkan semua pihak parti politik. Saya percaya mereka yang paling terperanjat ialah DAP dan Gerakan di atas kejayaan yang mereka sendiri tidak sangka. Lalu mereka terus berasa sombong dan bongkak. Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan itu, maka tidaklah boleh hendak disalahkan jika […]

BAB 11 : Api Menyala Malam

13 Mei 2007

SAYA telah pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Setar kira-kira pada tengah malam hari Selasa, 13 Mei iaitu satu hari yang telah mengubah nasib bangsa dan negara kita.             Ketua Setiausaha Sulit saya telah memberitahu saya yang dia telah menerima khabar bahawa satu tindak balas berupa tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang-orang […]

BAB 12 : Tindakan Dan Kejadian

13 Mei 2007

HARI Rabu, 14 Mei 1969 adalah hari yang sibuk bagi saya dan penuh dengan tindakan-tindakan dan kejadian-kejadian yang menakjubkan.             Inilah hari Rabu yang pertama selepas daripada hari mengundi, dan sekiranya negara tidak berada di dalam kekacauan, maka menurut kebiasaannya saya patut menerima panggilan daripada Istana Negara untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka […]

BAB 13 : Keadaan Darurat

13 Mei 2007

Dalam ucapan saya menerusi televisyen dan Radio pada 16hb Mei itu, saya telah berkata:  “Sekarang kita telah pun mengisytiharkan darurat kerana memerlukan kita bertindak dengan serta-merta; jika tidak maka keadaan ini tentulah akan menjadi bertambah buruk dan tidak akan dapat dikawal lagi dan kita akan menghadapi dengan satu keadaan darurat sebagaimana yang dihadapi oleh British […]

BAB 14 : Putih Kembali

13 Mei 2007

Tiga hari telah berlalu sejak tercetusnya kekacauan di Kuala Lumpur. Pemasyhuran keadaan darurat telah berjalan dengan kuat kuasanya dan Majlis Gerakan Negara (MGN) telah mula menjalankan tugasnya dengan cergas. Saya merasa yakin bahawa dengan gerakan yang dijalankan setiap hari oleh oleh MGN, maka satu asas yang kukuh telah diadakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin timbul, […]

BAB 15 : Sepucuk Surat

13 Mei 2007

SAMPAI di sini perlulah saya berbalik ke belakang sedikit untuk menghuraikan niat yang terpendam di sesetengah kalangan sejak beberapa lama, dan niat itu telah mereka kemukakan ke hadapan selepas rusuhan pada 13 Mei 1969. Saya telah menyebut sebelum ini bahawa selepas keluar dari hospital pada l6 Jun, satu peristiwa yang telah berlaku pada ketika itu amatlah […]

BAB 16 : Rebutan Kuasa Dalam UMNO

13 Mei 2007

Tidakklah dapat dinafikan lagi tentang adanya perebutan kuasa didalam UMNO sendiri antara mereka yang telah menegakkan parti ini dan yang telah berkorban untuk kemerdekaan kita dengan anasir-anasir baru yang digelarkan ‘pelampau’ (ultras). Rebutan kuasa ini telah bermula dari sejak dua tahun lepas atau pun terdahulu dari itu. Penyokong-penyokong yang taat setia kepada UMNO telah dapat mencegah […]

BAB 17 : Perlembagaan Dan Hak

13 Mei 2007

MENURUT “pelampau-pelampau” yang telah dapat memujuk golongan muda, negara ini adalah kepunyaan orang Melayu sahaja dan orang-orang lain tidak berhak ke atasnya. Tidak ada siapa pun yang dapat menafikan bahawa pada asalnya negara ini ialah sebuah negara orang Melayu, dan merekalah yang menjadi bumiputeranya. Dengan sebab itulah Perlembagaan mesti mengadakan syarat-syarat khas mengenai adat istiadat […]

BAB 18 : Pemerintahan Beraja atau Republik?

13 Mei 2007

Janganlah kita silap untuk memahami tujuan puak “pelampau”. Mereka tidak puas hati dengan Malaysia yang kita kenali. Malaysia yang kita telah bina. Mereka mahu meruntuhkan seluruh binaan dan membinanya semula kemudian kelak. Menurut apa yang saya dengar, mereka berazam hendak menghapuskan pemerintahan beraja dan menubuhkan sebuah republik. Menurut “pelampau-pelampau” itu, perbelanjaan bagi jawatan Yang di-Pertuan […]

BAB 19 : Khidmat Bakti Dan Pengorbanan

13 Mei 2007

SEMUA ahli-ahli UMNO tentuIah sedar bahawa parti itu memberi kebebasan kapada mereka dengan secara yang amat luas untuk melahirkan pandangan dan perasaan mereka di dalam parti. lni sudah menjadi satu amalan. Teguran-teguran adalah di terima dan disambut dengan baik. Terutama jika pandangan itu membina. Sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas ahli-ahli UMNO merupakan sekatan-sekatan yang biasa bagi […]

BAB 20 : Falsafah Hidup

13 Mei 2007

MENGENAI surat Dr. Mahathir yang menyebut cara bermain poker adalah satu taktik yang biasa diamalkan oleh pihak-pihak “Pelampau”, kerana memanglah menjadi amalan mereka sentiasa bercakap-cakap dan berbisik-bisik dan mengungkit-ungkit cara kehidupan saya. Mereka mengutuk saya kerana bermain poker, hadir dalam perlumbaan-perlumbaan kuda dan kerana memberi perhatian yang besar kepada sukan. Kehidupan peribadi seseorang adalah hal […]

BAB 21 : Peranan Akhbar Dan Rusuhan

13 Mei 2007

KEJADIAN yang berlaku di Malaysia pada Mei 13 dan kemudiannya telah menarik wartawan-wartawan asing ke negara ini seperti besi berani. Mereka berduyun-duyun datang ke mana jua tempat yang berlaku kekacauan besar. Bagi mereka sesuatu peristiwa itu tidak menjadi berita melainkan jika mereka dapat menceritakan kejadian-kejadian ngeri, keganasan atau pertumpahan darah. Pergaduhan besar di Malaysia yang […]

BAB 22 : Pengajaran Dari Baling

13 Mei 2007

KEJADIAN-KEJADIAN yang berlaku semasa pilihan raya 1969, rusuhan pada 13 Mei dan perkara-perkara yang berlaku kemudian daripadanya sebagaimana yang telah saya ceritakan adalah saling berkaitan. Ucapan-ucapan mencela, perbuatan  provokasi dan kelakuan yang tidak bertanggungjawab,  kesemuanya ditimbulkan dengan teratur, satu demi satu.             Siapakah yang mengatur semua kejadian-kejadian ini? Siapakah sebenarnya yang mesti dipersalahkan?             Jika kita […]

BAB 23 : Mimpi Dan Alamat

13 Mei 2007

PADA satu malam bulan penuh purnama yang terjatuh pada hari Jumaat, 2 Mei 1969, lapan hari sebelum hari mengundi dan 11 hari sebelum rusuhan berlaku, saya telah mendapat satu mimpi yang boleh dikatakan luar biasa. Dalam mimpi itu saya dapati saya berada di lorong belakang di antara dua deretan rumah. Lorong itu sempit, becak, berlumpur […]

Pembinaan Rukun Negara

13 Mei 2007

“Kekacauan bulan Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah negara kita tetapi dengan izin Allah s.w.t., kita telah dapat menggubal dasar-dasar dan mengambil tindakan yang tegas dan berkesan untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita daripada terjerumus ke dalam gaung yang dalam” (Allahyarham Tun Abdul Razak)

Suasana Perkuburan 13 Mei

13 Mei 2007

EPISOD 1    EPISOD 2